Alhamdulilah, dengan kesempatan yang diberikan, ustaz masih mampu mencoretkan sepatah-dua perkataan yang mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua.Al-Maklumlah sibuk dengan peperiksaan akhir tahun yang baru bermula dan akan tamat selepas 2 minggu daripada sekarang.
Persoalan-persoalan agama memang merupakan perkara yang amat sensitif. Kalau ianya tidak ditangani dengan baik dan teliti pasti akan mengundang permusuhan dan persengketaan yang tidak akan berakhir bahkan membawa kepada perpecahan umat ini.
Ada kalangan manusia yang suka membesarkan isu yang kecil dan cepat membid'ahkan sesuatu tanpa melihat kekhilafan ulama'. Antaranya isu yang selalu dimainkan oleh radio Batam.Fm dan orang yang sewaktu dengan fahamannya.
Antaranya mereka menganggap membaca doa makan adalah bid'ah kerana ianya adalah hadis yang dhaif. Mereka berkata memadai membaca basmalah. Demikian juga menganggap mengantungkan ayat Al-Quran sebagai bid'ah yang dilarang.
Semuanya berpunca daripada analisa yang tidak seimbang, dan menggunakan rujukan yang bersifat berat sebelah. Walhal maklum bahawa doa makan mithalnya adalah termasuk dalam fadhail a'mal yang diharuskan bersandarkan hadis yang dhaif berdasar pandangan jumhur ulama' hadis antaranya ialah Ibnu Hajar, As-Sakhawi, Imam An-Nawawi, As-Subky, Jalaluddin As-Suyuti dan lain-lain lagi.
Demikian juga mengantungkan ayat al-Quran diharuskan dengan syarat tidak mendedahkan kepada kerosakkan atau penghinaan. Ianya mestilah digantung di tempat yang tinggi dan dihormati. Perbuatan ini diharuskan oleh jumhur Ulama' berdasarkan tiada larangan yang berkait dengan perkara ini. Bahkan ianya adalah syiar agama dan keindahan Islam. Lihat sahaja kain kiswah ka'bah dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran berkurun lamanya tanpa sebarang bantahan. Demikian juga masjid Madinah yang dihiasi di dinding-dindingnya dengan pelbagai ayat-ayat Al-Quran dan hadis.
Ringkasnya, bukanlah mudah untuk membid'ahkan sesuatu atau mengharamkan sesuatu tanpa ada dalil yang qath'i atau sohih. Radio Batam.Fm tidaklah mewakili disiplin ilmu yang telus dan saksama. Ianya hanya mewakili sebahagian ijtihad.
ISU PALESTIN
-
*PALESTIN & YAHUDI*
*
*
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang sering
memerhatikan pergerakan hamba2Nya, yang M...
Setahun yang lalu




Tiada ulasan:
Catat Ulasan