skip to main | skip to sidebar

Tokku Pasir Gudang

DEMI MASA YANG BERLALU DAN DATANG SERTA YANG AKAN DATANG. BERAZAMLAH UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN. Alamat e-mail- ustazesa@yahoo.com.my

Tiada catatan. Tunjukkan semua catatan
Tiada catatan. Tunjukkan semua catatan
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

JADUAL KULIAH 2012

JADUAL KULIAH 2012
JUMAAT: Surau Al-Husna (Pelembut Hati). SABTU: Masjid Cahaya Baru (Al Fawaed) AHAD: Surau Al-Bararah (Al Fawaed) Subuh JUMAAT: Surau Al-Bararah- Riyadus Solihin SABTU: Surau Al-Bararah ( Khususiat Ar Rasul) AHAD: Surau Al-Khauthar Taman Rinting (Fathu Rabbani-Syeik Abdul Qadir Al-Jilani). Kuliah Dhuha AHAD (Tafsir Munir, Fiq Manhaji Jilid 8, Riyadus solihin Jilid 2).

Syaik Muhammad Mustafa Al-Maghari 1881-1945M

Syaik Muhammad Mustafa Al-Maghari 1881-1945M
Beliau merupakan salah seorang Syaikul Azhar yang terkenal dengan ilmu dan keberaniannya dalam menyatakan kebenaran. Beliau menjawat jawatan Syaikul Azhar sebanyak 2 kali. Pada Tahun 1928-1930. Kali kedua pada 1935 hingga tarikh kewafatannya pada 14 Ramadhan 1364H bersamaan dengan 22 Ogos 1945. Antara guru beliau yang terkenal ialah Muhammad Abduh. Antara keberanian beliau apabila pemerintah Inggeris menyuruh beliau tunduk ketika bersalam dengan raja England yang bernama George v, beliau berkata: Agama kami hanya menyuruh kami tunduk kepada Allah sahaja.

Al-Allamah Syaikh Hasan Habannakah 1908-1978

Al-Allamah Syaikh Hasan Habannakah 1908-1978
Nama sebenar beliau ialah Hasan Bin Marzuk. Keluarganya dikenali dengan nama Habannakah. Beliau berasal dari Maidan, Damsyik, Syria. Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang terkenal dan seorang mujahid yang ikhlas kepada Allah. Beliau berkahwin pada usianya 15 tahun dengan seorang perempuan yatim dan dikurniakan 12 orang anak. Syaikh seorang yang amat mencintai ilmu dan ibadat. Beliau sentiasa melakukan qiamullail bersama-sama dengan isterinya. Beliau juga amat menghormati guru-guru dengan menziarah meraka pada setiap masa. Beliau terlibat dalam gerakan jihad mengusir penjajah perancis pada tahun 1925. Kemudian menumpukan sepenuh masanya untuk mendidik dan menyampaikan ilmu dengan bersungguh. Beliau mengasaskan banyak pusat-pusat pengajian ilmu. Antara muridnya yang terkenal ialah Dr. Ramadhan Buthi, Dr. Wahbah Zuhaili, Dr. Mustafa Khin, Dr. Mustafa Bugha dan lain-lain lagi. Beliau juga merupakan seorang khatib yang lantang dan tegas. Pernah dipenjarakan oleh pemerintah yang zalim lantarn isi kandungan khutbahnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1978. Dan jenazahnya diiringi lebih daripada 500 ribu manusia yang cinta dan kasih kepadanya. Semoga Allah Taala merahmati beliau.

HAMKA

HAMKA
Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan julukan HAMKA, yakni singkatan namanya, (lahir di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, 17 Februari 1908 – meninggal di Jakarta, 24 Julai 1981 pada umur 73 tahun) adalah sastrawan Indonesia, sekaligus ulama, dan aktivis politik.Dikenali dengan Buya, yaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayahku, atau seseorang yang dihormati. Ayahnya adalah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Seorang ulama’ yang menentang khurafah dan bid’ah serta tegas dengan prinsip. Beliau seorang pejuang yang menentang kedatangan Belanda di Indonesia pada tahun 1945 di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1946 beliau dilantik mengetahui parti Islam terbesar Muhammadiyah di Sumatera Barat. Sukarna telah memenjaranya Hamka kerana dituduh pro Malaysia pada tahun 1964-66. Waktu dalam penjara beliau menyiapkan karyanya yang terbesar Tafsir Al-Azhar sebanyak 5 jilid. Beliau juga dilantik menjadi penasihat agama kepada pemerintah pada tahun 1977 tetapi meletak jawatan pada tahun 1981 kerena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah. Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H

Semoga Allah Taala memanjangkan umur kita agar sempat mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak dengan ketaatan dan perhambaan kepada-Nya.

Syaikul Azhar 1917-1996

Syaikul Azhar 1917-1996
Beliau dilahirkan di Daqhuliah, Mesir pada hari khamis 13 Jumadil Akhir tahun 1335 bersamaan dengan 5 April 1917. Beliau mula menghafaz Al-Quran ketika usianya masih kecil dan mempelajari ilmu-ilmu Islam di Kolej Al-Azhar sebelum melanjutkan pelajarannya dan mendapat ijazah pertama pada tahun 1944. Kemudian beliau berjaya mendapat sijil kepakaran perundangan pada tahun 1966. Beliau mula menyumbangkan usaha-usaha memperjuangkan Islam di mahkamah-mahkamah Islam dan menulis buku-buku perundangan. Dilantik menjadi mufti Mesir pada tahun 1978. Beliau menyusun fatwa-fatwa pilihan untuk menjadi pegangan umat Islam dan dibukukan sebanyak 20 jilid. Kitab-kitab ini disebarkan kepada semua umat Islam. Beliau sempat menjadi menteri wakaf selama beberapa bulan sebelum dilantik menjadi Syaikhul Azhar yang ke-42. Satu jawatan yang paling unggul di institusi Al-Azhar dan mewakili umat Islam seluruh dunia. Beliau seorang yang amat berdisiplin dan berani walaupun dengan pemerintah Mesir yang ketika itu dibawah pemerintahan Husnil Mubarak. Sebaik sahaja menjawat jawatan tersebut, beliau mengisyhtiharkan sokongannya terhadap perjuangan umat Islam di Afghanistan, Palestin, Bosnia dan Checnya. Beliau juga menentang dan amat membenci yahudi. Beliau mengeluarkan arahan melarang sebarang lawatan orang yahudi ke institusi Al-Azhar yang mulia. Beliau juga mengkritik keras hubungan pemerintah dengan regim yahudi. Pada zaman beliau sebanyak 5000 buah sekolah Al-Azhar diibina dan juga cawangan-cawangan Al-Azhar dikembangkan di seluruh daerah di Mesir. Jasa beliau sangat besar dan tidak ternilai. Akhlak yang mulia dan disukai oleh umat Islam di seluruh dunia. Beliau meninggal dunia pada hari jumaat, 25 Syawal tahun 1416 bersamaan dengan 15 Mac 1996. Alhamdulilah ustaz sempat melakukan solat jenazah untuk beliau di Masjid Al-Azhar yang dihadiri oleh puluhan ribu umat Islam. Ustaz dapat merasakan kesedihan umat ketika itu. Solat jenazah telah diimamkan oleh Syaikh Mutawalli As-Sya’rawi. Semoga Allah merahmatinya.

FUSSILAT 22-24

FUSSILAT 22-24
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu Yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka Bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa Yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). "Dan sangkaan kamu Yang demikian, Yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah Yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu Yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang Yang rugi!" Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang Yang diterima permohonannya

Sayyid Muhammad At-Tantawi (1928-2010)

Sayyid Muhammad At-Tantawi (1928-2010)
Syaik Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau menuntut ilmu di Iskandariah dengan menghafaz Al-Quran sebelum usianya 10 tahun. Mendapat Phd pada tahun 1966 dalam bidang Hadis dan Tafsir dengan pangkat cemerlang. Beliau mengajar di Universiti Al-Azhar sebelum dipinjamkan ke Libya selama 4 tahun, diikuti Madinah dan menjadi dekan kepada jabatan pengajian tinggi. Beliau menjawat jawatan mufti pada tahun 1986, kemudiannya Syaik Al-Azhar pada tahun 1996. Beliau meninggal dunia kerana serangan jantung pada usia 82 tahun, pada pagi rabu, 10/3/2010 di Riyadh, ketika menghadiri majlis anugerah Malik Faisal. Beliau akan dikebumikan diperkuburan Baqi’ disisi guru beliau Syaik Muhammad Al-Ghazali dan para Sahabat rasulullah s.a.w. Beliau meninggalkan banyak karanga yang bermutu. Beliau juga terkenal dengan fatwa-fatwa yang kontroversi dan panas. Semoga Allah merahmati rohnya.

SURAH AL-QASAS 76-84

SURAH AL-QASAS 76-84
Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan Yang anak-anak kuncinya menjadi beban Yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang Yang kuat sasa. (ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah Engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ". Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian Yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat Yang telah lalu, orang-orang Yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? dan (ingatlah) orang-orang Yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya Dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang Yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti Yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya Dia adalah seorang Yang bernasib baik". Dan berkata pula orang-orang Yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang Yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala Yang demikian) itu melainkan orang-orang Yang sabar". Lalu Kami timbuskan Dia bersama-sama Dengan rumahnya di Dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan Yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. Dan orang-orang Yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga Yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan Dengan tertimbus di Dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang Yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!" Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa. Sesiapa Yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan Yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa Yang datang membawa amal jahat, maka mereka Yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan Dengan apa Yang mereka kerjakan.

Antara Guruku yang dikasihi

Antara Guruku yang dikasihi
Ini pula Syaikhuna Guruku Yang Mulia Mufti Mesir, Fadhilah Syeikh Prof.Ali Jumaah. Mendapat ijazah pertama pada tahun 1979. Kemudian menyambung MA pada tahun 1985 dengan mendapat pangkat cemerlang. Selepas itu menamatkan pengajian dalam PHD pada tahun 1988 dengan mendapat pangkat tertinggi. Kemudian menjadi pensyarah di Universiti Al-Azhar sebelum menjawat jawatan mufti pada tahun 2003. Beliau merupakan calon terbaik untuk menjadi Syaikul Azhar.

SURAH AL-FURQAN 63-77

SURAH AL-FURQAN 63-77
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari Dengan sujud dan berdiri, Dan juga mereka Yang berdoa Dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, Sesungguhnya azab seksaNya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal Yang amat buruk"; Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. Dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, - Kecuali orang Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa Yang bertaubat serta beramal soleh, maka Sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya Dengan sebenar-benar taubat; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang apabila diberi peringatan Dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang Yang pekak dan buta. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa. Mereka itu semuanya akan dibalas Dengan mendapat tempat Yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan Selamat di dalamnya, Mereka kekal di Dalam syurga itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. Katakanlah (Wahai Muhammad kepada golongan Yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa Ibadat kamu kepadanya; (apabila kamu telah mengetahui Bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka Sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (Ketetapan Tuhanku itu); Dengan Yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

ALLAMAH SYAIK AHMAD MUHAMMAD SYAKIR (1892-1958)

ALLAMAH SYAIK AHMAD MUHAMMAD SYAKIR (1892-1958)
Seorang ilmuan Islam yang terkenal di Mesir dan seluruh dunia Islam. Beliau merupakan ulama' yang berani dalam perkataan dan tulisannya. Khususnya dalam menegakkan hukum Allah. Beliau dilahirkan pada tahun 1892 di kota Kaherah, Mesir. Bapanya seorang ulama' hanafi yang terkenal. Beliau merupakan guru pertama Ahmad. diikuti dengan ulama'-ulama' terbilang yang lain seperti Muhammad Amin As-Sanqiti, dan Habibullah As-Syanqiti, Rasyid Redha dan lain-lain lagi sehingga beliau menjadi pakar dalam bidang hadis dan Feqah. Beliau telah menjawat jawatan Hakim di Mahkamah Syariah sehinggalah pada usia bersaranya. Kemudian menyibukkan dirinya untuk mengarang pelbagai ilmu yang menjadi warisan kepada umat ini. Beliau wafat pada 14 Jun 1958 bersamaan 26 Zulkaedah, hari Sabtu. Ustaz amat meminati beliau dan berusaha membeli sebanyak mungkin kitab karangan beliau antaranya dalam ilmu hadis, tafsir dan feqah. Semoga Allah merahmatinya.

Al-Allamah Prof. Dr. Ramadhan Al-Buthi

Al-Allamah Prof. Dr. Ramadhan Al-Buthi
Ustaz amat mencintai para ulama’ walaupun mereka berbeza pandangan dan pendapat yang dipegang oleh ustaz. Antara ulama yang mendapat tempat di hati ini ialah Maulana Syaik Allamah Prof. Dr. Ramadahn Al-Buthi. Seorang ulama’ yang warak, soleh dan banyak memberikan sumbangan kepada dunia Islam dan ummatnya. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di sempedanTurki di utara Iraq. Beliau berhijrah bersama bapanya ketika usianya 4 tahun ke Damsyik, Syria. Melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar sehingga berjaya memperolehi PHD pada tahun 1965. Thesis beliau menjadi rujukan ulama’ seluruh dunia yang menunjukkan kehebatan ilmu beliau dan ketajaman ideanya yang luar biasa. Beliau menguasai beberapa bahasa seperti bahasa inggeris, turki, kurdis dan bahasa Arab. Mempunyai lebih daripada 40 karangan yang meliputi pelbagai disiplin ilmu. Beliau terlibat dengan banyak persidangan dan perbentangan kertas kerja serta memegang jawatan yang penting dalam institusi ilmu dan fatwa termasuklah di Universiti Oxfort. Beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid sekitar Bandar Damsyik yang dihadiri oleh beribu-ribu muridnya dikalangan lelaki dan perempuan.

SYAIKH MUTAWALI AS-SYA'RAWI 1911-1998

SYAIKH MUTAWALI AS-SYA'RAWI 1911-1998
Seorang ulama' tafsir yang agung. Beliau dilahirkan pada 5 April 1911 dan meninggal dunia pada 17 Jun 1998 di Mesir. Pada usianya 11 tahun beliau yelah berjaya menghafaz 30 juzu' Al-Quran. Beliau tidak berminat belajar agama pada mulanya. Beliau bercita menjadi petani seperti abang-abangnya. Namun atas usaha keras Ayahnya beliau telah menjadi seorang ulama' yang amat disegani. Beberapa kali beliau pernah ditangkap kerana jiwa penentangan terhadap penjajah Inggeris dan Perancis. Kemahiran beliau dalam menafsirkan al-Quran telah menggegarkan jiwa seluruh pendengarnya. Beliau merupakan salah seorang murid Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Orang yang bertanggungjawab menyediakan teks khutbah perang yang dibaca dihadapan lautan manusia pada hari jumaat yang berjaya membangkitkan kembali semangat jihad sehingga Yahudi kalah dalam peperangan pada tahun 1973. Beliau antara tokoh yang layak menjadi syaik Al-Azhar selain daripada Dr.Yusuf Al-Qardhawi. Beliau merupakan antara guru Syaik Yusuf Al-Qardhawi. Beliau membaca setiap hari 500 muka surat. disamping kecintaannya dalam membaca Al-Quran. Semoga Allah merahmati beliau. Amin. Alhamdulilah ustaz berpeluang bertemu dengan beliau pada tahun 1996.

SYAIK MUHAMMAD AL-GHAZALI 1917-1996

SYAIK MUHAMMAD AL-GHAZALI 1917-1996
Beliau dilahirkan di Negara Mesir yang terkenal dengan bumi para Ambiya’ dan ulama’. Membesar dalam keluarga yang cintakan Islam sebagai cara hidup. Dinamakan Al-Ghazali kerana ayahnya amat menyanjungi Imam Al-Ghazali sehingga dia pernah bermimpi bertemu dengan Imam Al-Ghazali yang memberitahunya bahawa dia akan mendapat anak lelaki. Kerana itulah beliau menamakan anaknya dengan Al-Ghazali. Beliau merupakan benteng pertahanan Islam. Lidahnya umpama pedang yang memancung segala kekeliruan dan pembohongan musuh terhadap agama yang tercinta ini. Manakala penanya pula umpama sungai yang mengalir dan membawa kedamaian dan kesuburan setiap tempat yang dilaluinya. Dilahirkan pada 22 Disember tahun 1917 dan wafat pada 9 Mac tahun 1996 ketika ustaz masih menuntut di Al-Azhar. Beliau mula menghafaz Al-Quran dan mengkhatamkannya ketika usianya 10 tahun. Menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar sehingga Berjaya mendapat PHD pada usianya 26 tahun. Mempunyai guru-guru yang amat hebat yang Berjaya mendidiknya dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Antara gurunya yang masyhur ialah Imam As-Syahid Hasan Al-banna, Muhammad Abu Zahrah, Mahmud Syaltut dan lain-lain lagi. Beliau juga mempunyai seorang murid yang amat terkenal iaitu Syaikh Yusuf Al-Qardhawi.Jasanya terhadap Islam amat besar sekali. Beliau pernah disumbat dalam penjara pada zaman Anwar Sadat pemerintah Mesir yang amat zalim. Di dalam penjara beliau tekun membaca Al-Quran. Beliau meninggalkan karangan yang begitu banyak yang hampir mencecah 100 buah. Beliau meninggal dunia di bumi suci Madinah dan dimaqamkan bersebelahan para Sahabat Nabi s.a.w. Semoga Allah merahmati Tuan Guru. Amin.

Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni

Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni
Antara ulama’ yang menjadi pilihan Ustaz dalam membaca kitab-kitabnya sejak dibangku sekolah lagi ialah al-Allamah Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau merupakan ulama’ kelahiran Halab, Syria dalam keluarga ternama dalam pengetahuan agama terutama ayahnya. Dilahirkan pada tahun 1930. Menuntut pelbagai disiplin daripada ulama’-ulama’ semenjak kecil lagi. Beliau giat menghadiri kuliah-kuliah di masjid dan di rumah orang alim. Selain ilmu agama, beliau juga mempelajari ilmu fizik, kimia, kejuruteraan, sejarah, geografi, bahasa inggeris dan lain-lain lagi. Menyambung pelajaran dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar pada tahun 1949 dan lulus dengan cemerlang pada tahun 1952. Kemudian beliau menyambung dalam bidang kedoktoran dan berjaya memperolehinya pada tahun 1954. pulang ke Syria untuk menjadi pendidik dalam bidang ilmu keIslaman dan bermula 1955-1962. Beliau telah berhijrah ke Mekah dan mengajar di Universiti Ummu Qura selama 28 tahun. Beliau meninggalkan karangan yang amat bermutu seperti kitab Mawarist (harta pusaka), Tafsir (Sofwatut Tafasir), Ulum Al-Quran, Ahkamul Quran (Rawai’ul Bayan), dan lain-lain lagi. Semoga Allah merahmati beliau.

Syaik Abu Zahid Abd Fattah Bin Muhammad Abu Ghuddah (1917-1997)

Syaik Abu Zahid Abd Fattah Bin Muhammad Abu Ghuddah (1917-1997)
Syaikh Abu Zahid Abd Fattah Bin Muhammad Abu Ghuddah dilahirkan di bandar para ulama’ yang bernama Halab, Syria. Beliau dilahirkan pada 9 Mei 1917 dan wafat pada 16 April 1997 di Riyadh, Arab Saudi. Beliau seorang yang amat menyintai ilmu dan ulama’. Merantau diseluruh dunia untuk bertemu dengan para ulama’ dan menceduk mutiara ilmu mereka dengan cara yang bersungguh-sungguh. Hampir seratus orang guru yang didampingi oleh beliau sepanjang pengajiannya, Yang menariknya beliau mempunyai seorang guru Melayu yang bernama Syaik Abu Isa Yasin Al-Fadani seorang ulama’ hadis yang masyhur di bumi Mekah. Beliau pernah dipenjarakan selama 11 bulan kerana terlibat dengan gerakan Islam. Berpeluang bertemu dengan Imam As-Syahid Hasan Al-banna di Mesir. Meninggalkan kepada umat ini dengan ratusan karyanya yang bermutu dan berfaedah kepada semua. Seorang yang suka menangis terutamanya ketika membaca Al-Quran dan mendengar kisah-kisah orang yang soleh. Semoga Allah merahmati beliau.

AL-ALLAMAH SYAIKH SAID HAWWA R.H (1935M-1989M)

AL-ALLAMAH SYAIKH SAID HAWWA R.H (1935M-1989M)
Ulamak kelahiran Syria yang banyak menyumbang kepada Islam. Menghafaz Al-Quran pada usia yang kecil. Sentiasa membaca dalam masa yang sama menolong ayahnya menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Pada tahun 1956 berpeluang masuk ke Universiti Damsyik dan di sanalah beliau berguru dengan ulama' terkenal seperti Dr. Mustafa As-Sibae, Dr. Mustafa Zarqa', dan lain-lain lagi. Beliau telah dipenjarakan selama 5 tahun kerana lantang memperjuangkan Islam. Di dalam penjara beliau mengarang banyak kitab. Yang amat tersohor ialah "Al-asas Fi Tafsir" dalam bidang tafsir sebanyak 11 jilid. Beliau seorang yang amat sabar, zuhud dan peramah. Meninggalkan dunia sesudah diserang dengan pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, jantung dan angin Ahmar. Yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma bermula disember 1988 hinggalah tarikh kewafatan beliau 9 mac 1989 di Kota Amman, Jordan. Semoga Allah merahmatinya. Antara muridnya yang terkenal ialah Tuan Guru Dato' Seri Haji Abd Hadi Bin Haji Awang.

أهلا وسهلا ومرحبا بكم إلى أرض العلم الخصبة الخضراء

إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا قيل وما رياض الجنة قال حلق الذكر

Selamat Menunaikan Ibadat Haji 2009

Selamat Menunaikan Ibadat Haji 2009

As-Syahid Yahya Ayyash 1966-1996

As-Syahid Yahya Ayyash 1966-1996
Dilahirkan dalam keluarga yang kuat pegangan agamanya. Seorang yang pendiam dan cemerlang dalam pedidikan. Graduan dalam bidang Kejuruteraan Eletrik Di Universiti Palestin. Beliau berkahwin dan meninggalkan 3 orang anak lelaki. Kehidupannya penuh dengan perjuangan. Beliau berjaya mencipta bom daripada bahan-bahan yang banyak terdapat di farmasi-farmasi. Orang yang pertama menggunakan bom kereta. Yahudi terpaksa mewujudkan unit khas untuk membunuhnya. Beratus-ratus perisik digunakan untuk memburunya. Sehinggalah Allah mengurniakan syahid kepada beliau. Hampir 500 ribu mengiringi jenazah suci beliau.

Dr. Mustafa As-Sibaie (1915-1964)

Dr. Mustafa As-Sibaie (1915-1964)
Seorang ulama' yang tinggi semangat juang dan jihadnya. Beliau merupakan salah seorang pimpinan Ikwan Muslimin (parti Islam).Menentang penjajah Perancis dan Mesir. Beberapa kali ditangkap dan dipenjarakan. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menggerakkan tentera mujahidin untuk membebaskan Palestin. Pemidato yang hebat dan pengarang yang tajam mata pena ini. Antara karangannya ialah Sirah Nabawiyah, Uzamauna Fi tarikh, orentalis dan fahamannya dan pelbagai lagi. Beliau wafat pada usia 49 tahun sesudah diuji dengan penyakit angin ahmar selama 8 tahun dengan penuh kesabaran. Semoga Allah merahmatinya.

Imam Muhammad Abu Zahrah

Imam Muhammad Abu Zahrah
Seorang ulamak mesir yang terkemuka (1898-1974). Berani memperjuangkan kebenaran khususnya dalam menegakkan Negara Islam. Beliau berjuang dengan lisan dan qalam. Antara hasil penulisannya ialah Sejarah Mazhab-mazhab Islam, Perbandingan Agama, Tafsir, Undang-undang kekeluargaan Islam, Usul Fiq. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau.

PERJUANGAN UNTUK ISLAM ADALAH AMANAH MUKALLAF

Gambar2ku

Hari ini

KEBESARAN ALLAH-SURAH AL-MUKMINUN 1-11

KEBESARAN ALLAH-SURAH AL-MUKMINUN 1-11
Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;Dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia; Dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka Yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: -Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas; Dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;Dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;Mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi -Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Waktu Tempatan

Syaikh Muhammad Abu Zahid Al-Kauthari 1296H-1371H

Syaikh Muhammad Abu Zahid Al-Kauthari 1296H-1371H
Antara Ulama' yang terkenal dengan keilmuannya dan karangan kitab yang bermutu tinggi. Dilahirkan pada waktu subuh 1296H dan wafat selepas asar19 Zulkaedah 1371 ketika usianya 75 tahun. Guru kepada syaikh Abd Fattah Abu Ghuddah. Pakar Hadis dan Tauhid. Meninggalkan ratusan kitab yang boleh diambil manfaat. Beliau antara Ulama' yang paling banyak mengkritik Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim R.a. Seorang yang amat penyabar. Semua anak-anaknya dan juga isterinya meninggal dunia sebelum beliau. Semoga Allah merahmatinya.

Ini pula guru Tafsirku Al-Marhum Dr. Bahauddin Al-Iraqi. Detik-detik indah ketika bersamamu. Semoga Allah merahmati Tuan Guru.

Ini pula guruku yang mulia Prof. Dr. Nasr Farid Wasil. Beliau merupakan Mantan Mufti Mesir pernah mengajar ustaz Fiq As-Syafie

Welcome...


widget

pesanan @ pertanyaan


ShoutMix chat widget

Tuan Guru Haji Abd Hadi Bin Haji Awang

Tuan Guru Haji Abd Hadi Bin Haji Awang
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Hj Awang yang merupakan Pakar Rujuk di Malaysia. Ustaz mula berguru dengannya ketika berusia 10 tahun. Sempat mempelajari beberapa buah kitab daripada Tuan Guru antaranya Jawahir Sanniyyah, Riyadhus solihin, Akidah Mukminin dll.

Dato' Ishak Bahrom

Dato' Ishak Bahrom
Kenangan Anakku Siti Khadijah bersama mantan Mufti Selangor Sohibus Samahah Dato' Ishak Bahrom.

Al-Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili

Al-Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili
Detik bersama dengan Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili di Perhimpunan Feqah sedunia 2007 di Hotel Marriot, Putra Jaya.

Mufti Perak Darul Rezdhuan

Mufti Perak Darul Rezdhuan
Memori bersama Tan Sri Harussani Zakaria sama-sama berbincang tentang soal ummah. Beliau juga merupakan Mufti bagi negeri Perak Darul Ridzuan.

Nama-nama Allah

Undilah


Get your own Poll!

Blog Pilihan

  • Blog Adik-Mesir
    ISU PALESTIN - *PALESTIN & YAHUDI* Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang sering memerhatikan pergerakan hamba2Nya, yang Maha B...
    14 tahun yang lalu

KEBESARAN ALLAH

KEBESARAN ALLAH
The Prophet said, If anyone of you sees a dream that he likes, then it is from Allah, and he should thank Allah for it and narrate it to others; but if he sees something else, i.e., a dream that he dislikes, then it is from Satan, and he should seek refuge with Allah from its evil, and he should not mention it to anybody, for it will not harm him. (Abu Sa'id Al-Khudri)

MAHA SUCI ALLAH

MAHA SUCI ALLAH
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran 3:190-191)

Pengikut

IHYA' ZULHIJAH

IHYA' ZULHIJAH
Antara amalan yang amat besar pahalanya di bulan Zulhijjah ialah menghidupkan sepuluh hari pertama dengan ibadat. Membanyakkan puasa sunat khususnya 9 Zulhijjah dan melakukan qiamullail. Serta berusaha melakukan ibadat korban. Satu keluarga satu bahagian korban.
  • http://harakahdaily.net